Keaslian Warisan Asia dengan Kualiti Tekstur Ranggup dan Lembut yang Menjadi Piawaian Kami.

Menu yang berasal dari negara China ini dikenali dengan pelbagai nama Youtiao, Yu Char Kway antara nama yang digunakan di pelbagai bahagian di negara China. Di Indonesia dikenali sebagai Cakwe. 

Cakoi dikategorikan sebagai makanan dari keluarga DONUT

Kebiasaannya Cakoi dihidangkan pada waktu pagi sebagai menu sarapan pagi tetapi kini dengan inovasi Cakoi boleh dinikmati pada bila-bila masa. 

Cakoi terkenal dengan teksturnya yang ranggup diluar dan lembut gebu didalam.

Jadi Rakan Niaga Baby Cakoi

Sebagai rakan niaga, anda bukan sahaja membawa produk yang berkualiti tinggi kepada pelanggan, tetapi juga menyertai satu ekosistem perniagaan yang mantap, tersusun dan berpotensi tinggi untuk berkembang.
Kami menyediakan bimbingan, sistem operasi yang teruji, serta sokongan pemasaran eksklusif untuk memastikan setiap rakan niaga mampu mencapai prestasi terbaik.

Keistimewaan Menjadi Rakan Niaga
  • Bahan & resipi eksklusif untuk memastikan kualiti premium terjaga.
  • Latihan intensif & bimbingan profesional dari pasukan HQ.
  • Booth & setup yang moden, kemas dan menarik perhatian pelanggan.
  • Sistem pemasaran yang konsisten untuk meningkatkan trafik pelanggan.
  • Pelan perkembangan perniagaan yang jelas mengikut standard HQ

Baby Cakoi Sentuhan Premium untuk Setiap Majlis

Katering Baby Cakoi menawarkan pengalaman  yang berbeza dengan gabungan rasa tradisional dan sentuhan moden yang memikat. Dengan aroma panas yang menggoda dan tekstur yang sempurna, Baby Cakoi menjadi pilihan ideal untuk majlis korporat, pelancaran produk, perkahwinan, sekolah, karnival, hingga acara eksklusif.

  • Pilihan menu fleksibel & eksklusif.
  • Setup booth premium yang menarik perhatian.
  • Staf terlatih dengan layanan profesional.
  • Pakej korporat & VIP untuk acara berskala besar.
  • Hidangan live-cooking untuk pengalaman yang lebih mewah.